SaHabat ArCher

Tuesday, May 3, 2011

Legumnasea VS Leguminasae

Korang tahu tak apa tu Legumnasea dan Leguminasae???Yang sebenarnya mereka nie adalah keluarga untuk ulam2an...Ulam pun ada keluarga tau...hehe...Sebelum tu aku nak tanya korang dulu...pernah tak korang makan jering???atau petai???
Bila sebut pasal jering ngan petai nie kan mesti fikirkan mulut berbau selepas makan an..huhu...by the way,tujuan aku post pasal menda nie bukan pasal mulut berbau tu...Kalau tu masalahnya senang je...gunalah COLGATE PLAX(iklan tak berbayar)...Hari nie aku nak berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang khasiat ulaman nie...

First,aku nak introduce ahli keluarga yang pertama iaitu petai...Parkia spp atau lebih dikenali PETAI nie tergolong dalam famili Leguminasae...Menurut Pak Cik Google..Buah Petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis...Dan tercatat jugak kat situ bahawa orang2 lama juga percaya keberkesanan buah petai merawat penyakit hati,buah pinggang dan untuk mengubat kanak2 yang kecacingan...Untuk pengetahuan,petai mengandungi pelbagai unsur2 seperti vitamin dan galian yang menyumbang kearah kesihatan pengguna dan kandungannya pulak bergantung pada saiz buah dan umur petai itu sendiri...


petai yang tunggu masa untuk dijual

Seterusnya,aku perkenalkan ahli kedua...namanya Pithecellobium Jiringa atau lebih dikenali dengan panggilan JERING...Jering nie pulak tergolong dalam famili Legumnasea...Seperti petai jugak,Jering mengandungi nutrient seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi ,vitamin A ,B dan jugak C... Bersumberkan Pak Cik Google jugak ,jering dapat membantu merangsangkan pembuangan air kecil... Namun begitu, pengambilan berlebihan akan memberi kesan sebaliknya... Selain itu, berdasarkan kajian sains, kandungan sebatian alkoloid dalam jering dapat membantu meneutralkan paras gula dalam badan...Oleh hal demikian, ianya berkesan sebagai penawar terhadap penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit...(macam penskipsi ubat je)...Selamat mencuba la ye:)

Jering

Untuk anak2 muda zaman sekarang...aku sarankan supaya makanlah ulam2an yang mengandungi pelbagai khasiat semulajadi...dan bagi sapa2 yang tak makan sayur tu...mulai hari nie...berusahalah makan sayuran...tak semestinya petai atau jering je...MACAM2 lagi ADA...ini adalah rahsia orang2 lama kita yang hidup sihat walaupun dah berusia...besarnya nikmat yang ALLAH berikan...rugilah kalau tak dimanfaatkan..akhir kata dari prinCe arCher...MAKAN SIHAT,HIDUP SIHAT...kalau nak tahu lebih...tanyalah pak cik GOOGLE sendiri....sekian :)

2 comments:

!..fatinabdwahab..! said...

cewahh, mcm doctor menerangkan khasiat petai jer. teringat petai ke?? :)

prinCe arCher said...

@~AtEeN~ hakhak...omong2 ja atennn=p
sambal petai best gop nie...=p