SaHabat ArCher

Saturday, August 20, 2011

Mulut Kau Bukan Mulut Aku

actually aku ada satu pandangan la...takda kaitan ngan sapa² just buat renungan bersama...

apa pendapat korang berkaitan bercakap buruk tentang orang lain...it's mean bawak mulut la kan..Ini semua kerna MULUT...kalau istilah omputehnya MOUTH bukan mouse tau...hukhuk...persoalannya berbunyi macam nie...(eh ada bunyi erh)
perlu ke kita nak menyebar atau memanjangkan cerita tentang keburukan tentang orang lain sedangkan kita masih diberi peluang untuk membicarakan tentang kebaikan...


bukan ke lebih baik kita memberikan ucapan yang baik supaya dijadikan nasihat yang berguna untuk masyarakat khususnya rakan² dah ahli keluarga terdekat dengan kita...takda faedah pun kalau kita duk jaja keburukan orang...nanti kalau terkena kat batang hidung hang pa sendirik...baru hang pa tauuuu...(asal keluar loghat utara nie???pengaruh matluthfi la nie...hehehe)

bersempena ramadhan yang mulia nie..jomlah kita pakat² jadikan titik permulaan untuk perbaiki diri kita..insyaallah...

bak kata Dr Fadzilah.. "SELAMI JIWA, RAWAT ROHANI, PERKEMAS PERIBADI..":)

tu saja buat kali nie...renung²kan dan selamat beramal...selamat bersahur ye:-)

Tuesday, August 2, 2011

Jom Terawih

Alhamdulillah...dah dua malam selesai dan hari nie dah hari kedua berpuasa...Tahun nie berasa beruntung kerna dapat berpuasa dan berterawih penuh kat kampung...INSYAALLAH...di kesempatan ini aku nak mengajak sahabat² turut bersama berjemaah solat terawih...boleh la pergi ke masjid atau surau berdekatan...JOM PAKAT GI SEJID...Siapa² yang terlupa nak lafaz niat mai sini nak kongsi...Pandai tak banyak,sekadar nak berkongsi tu boleh la...selamat beramal :)

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى 
"Sengaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT WITIR(2 RAKAAT)


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala" 

 LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT WITIR(1 RAKAAT)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Monday, August 1, 2011

Sekadar Mengingatkan...

Aku tahu korang dah tahu...tapi tak salah saling mengingatkan...untuk hari nie aku nak berkongsi dengan niat dulu...sebab apa²pun bermula dengan niat an...

LAFAZ NIAT PUASA FARDHU RAMADHAN

Niat puasa Ramadan 

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

Doa berbuka puasa 

Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.








Kini Sudah Tiba...

FIRST of Ramadhan is COME BACK...
yeaaaahhh...Alhamdulillah,berjumpa lagi dengan Ramadhan..Dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua sahabatku yang beragama ISLAM...semoga ibadat tahun nie lebih sempurna dari tahun² lalu...JOM kita ramai2 kita imarahkan masjid dengan berterawih jemaah...okey...dalam beberapa jam lagi dah nak berbuka...korang nak makan apa hari nie???...INGAT....jangan terlebih pilih pulak nanti bila pergi bazar...huhu...