SaHabat ArCher

Thursday, May 26, 2011

Hidup ini memang palat,tapi esok masih ada

Oleh kerna terdapat banyak masa aku yang terluang,aku nie berasa ringan2 je nak mengodek2 fail lama aku yang masih tersimpan kemas dalam cakera keras nie an(bahasa omputehnya hard disk..hehe)...macam kertas je an tersimpan kemas2 nie...apa2 aje lah...

TAPI bukan tu yang aku nak ceritakan...
korang nak tau apa aku jumpa...
Nie dia...KAMI the MOVIE...aku suka cerita nie walaupun korang tak suka...Actually cerita nie dah lama dah...dalam 2008 kot released..masa aku budak sekolah lagi..yang series pun aku follow kat 8tv sebelum tu...sebabnya suka tengok JULIANA EVANS berlakon time tu...comel...pantang la kan tengok comel2 nie...isk3...tapi melepas la...ZIZAN dah amik dulu...hehe.....yang bestnya cerita nie...



KAMI berkisarkan tentang perjalanan remaja dalam menempuh liku2 kehidupan yang sememangnya cukup mencabar bagi anak remaja yang mula ingin berkembang...macam akulah an remaja...heee...setiap watak punyai konflik masing2...macam mana kisah persahabatan mereka???boleh ke mereka selesaikan masalah diorang???tengok la sendiri ceritanya ye...kalau tak best jangan salahkan aku plak...huuu

moral of da story...first,masalah takkan selesai kalau dipendam...kedua plak,kita perlu berfikir panjang sebelum bertindak dan sentiasa sebarkan senyuman macam nie =)
kalau nak lagi banyak,senyum macam nie =D baru sampai ke telinga...

actually,cerita nie buat aku rindukan sahabat2 aku...all the best tu you all...
dan pada korang semua,thanks kerna sudi membaca...lepas nie mesti ada yang nak godek2 fail jugak an...heee...

apa2pun aku nak ucapkan selamat la kat korang,,hav a nice day ye...=)
sekian...

Wednesday, May 25, 2011

Tanya sama pokok?

lirik dia aku suka...huuu..
Layannn
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Meet Uncle Hussain Feat Hazama - POKOK
DOWNLOAD sini...nak DENGAR pun boleh kat situ...

Saturday, May 21, 2011

Esok kan terbit MENTARI

kusangkakan panas berpanjangan,,,
rupanya gerimis ditengah hari...


sesungguhnya DIA takkan memberikan ujian melebihi daripada kemampuan kita...DIA mengetahui akan apa yang perlu untuk kita...mungkin ini sebagai peringatan daripadaNYA...bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk menghadapinya...sememangnya tidak mampu dilawan ketentuanNya....namun ketentuannya juga berdasarkan usaha dan doa kita...mungkin belum cukup usaha yang ada ataupun sememangnya ada kebaikan yang sedang menunggu dihadapan sana...

cuma kumohon agar diberikan jalan dan diluaskan ruang buat aku terus melangkah dibumiNYA yang fana...semoga ianya diiringi petunjuk dah hidayah...amin


menantikan sang mentari...

melemparkan senyuman kerna tiada duka yang abadi
sekian...

Thursday, May 19, 2011

bring me SOMEWHERE

siting for awhile...
in my own world without stranger...
expect to be in somewhere...
through the day with a more tough...
seeking for sincerity...
to get through...



pokok di antara lalang
and now...
be happy with the bounty...
makes it easy endured...

mood:senyum saja=)



Monday, May 16, 2011

Masih Ku Kenang

Bersempena 16Mei nie...Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua warga pendidikan...tak kira bergelar CIKGU,TUAN PENGETUA,PENSYARAH mahupun TUTOR

SELAMAT HARI GURU

Bagi aku semua layak diraikan...Becoz smua orang berperanan sebagai pendidik..Kita an 1MALAYSIA(ada kaitan erk???)heee...

okay2.first sekali,aku nak mintak maaplah kat cikgu2 aku dulu...bermula dari tadika sampai la loni dah abis sekolah dah pun...dah besau panjang pun...kadang2 aku ada jugak buat nakal dalam kelas,patahkan pembaris cikgu semata2 nak denda aku, tak siap homework..tapi MAAFKAN SAYA ya CIKGU...saja je nak gurau2 dengan cikgu..heee...especially ngan cikgu2 dari sekolah...First sekali SK PADANG MIDIN,pastu plak balik kampung sendiri SK PAYA RESAK sebelum aku up sikit ke sekolah menengah yang merangkap sekolah terakhir iaitu SMK TUN TELANAI...Bermacam2 yang aku lalui pada zaman nie...Dan bermula dari sinilah aku belajar memgeja dan sampai sekarang dah boleh berbloging nie ha...tu pun ada lagi yang salah eja..heee..tak lupa juga buat tenaga pengajar PASUM...

Setakat tu sajalah ucapan a.k.a bebelan aku nie..dan aku tahu korang bukan suka sangat nak baca panjang2 an...Jadi izinkan aku undur diri dulu ye...

TAPI sebelum tu, meh la sini aku nak share sikit gambar2 tentang perjalanan aku untuk hari nie...

ce ce cekidop...


aparts of KAMI



buat cikgu dari adik2 integrasi

sketsa pelajar

bila cikgu menjadi pelajar

Sir Burn...Orang Fizik dan disiplin(sandar kat pintu)
Cikgu Suhaimi...PK HEM(paling kanan)

Cikgu Aida...Orang Bahasa

teacher Ilmi(2dari kanan)

penemuan telur dalam beg Ustazah Zalina

Cikgu Aliza: aku dapat A+
Cikgu Usop: sabo jelah

Cikgu Baizah...Orang Math

sebahagian yang sempat diabadikan...SAYANG SEMUA...JASAMU DIKENANG
sekian...

Sunday, May 15, 2011

senyuman pilihanku

Perlu ke kita pertikai apa yang orang ADA tapi kita TAK ADA???
Perlu ke kita pertikai dengan apa yang orang DAPAT tapi kita TAK DAPAT???

TAPI

Pernah tak kita tanya diri kita apa yang kita ada tapi orang lain pulak tak ada???
dan apa yang kita dapat tapi orang tak dapat???
PERNAH TAK kita???

Kenyataannya,semua orang punyai perasaan,semua orang tahu akan itu dan perasaan yang hadir dalam diri tu tak semestinya difahami orang lain sepenuhnya...yang terbendung itu hanya yang empunya mampu merasakan...yang kekadang ada mendung dan kekadang ada cerahnya

Kita tak dapat melawan ketentuanNYA...TETAPI kita diberi peluang untuk membuat pilihan antara hadapinya dengan SENYUMAN ataupun PENYESALAN...sesungguhnya penyesalan bukan penyelesaian...dan setiap persoalan semestinya ada jawabannya...

Sememangnya,aku nie jugak manusia biasa seperti kalian yang juga punya perasaan...dan tak lari daripada alami perkara yang sama...Kita semuanya sama,ADA KELEBIHAN ADA KEKURANGAN...oleh itu,kita perlu belajar untuk saling melengkap...satu yang aku harap...yang buruk jangan terlalu dikeji kerana takut tak nampak pulak kebaikannya...dan begitu jugak sebaliknya...
setiap keping membawa warnanya yang tersendiri...dan hilang sekeping jugak maka tak lengkaplah gambarnya

akhir kata: jangan tertawan dan percaya dengan bicaraku bulat2,cuma aku harap manfaatlah sekira berguna dan sekiranya silap,aku terima tegurannya...

KITA JADI ATAS APA YANG KITA INGIN JADI...insyaallah

tu saja buat kali nie
sekian...=)

BBQ

Alkisah tanggal 12mei...Last malam jumaat...

aku spend 1malam untuk berBBQ bersama SAHABAT di pantai Batu Burok...

nama je buruk tapi taklah buruk pun...ramai je aku tengok berjimba2 kat situ..hee

aku takda ayat yang panjang2 nak dikarang...just nak share beberapa pic yang sempat diabadikan...

nak tengok tak???kalau nak...

ce ce cekidop...








tak cukup dengan tu...Lepas tu ambik angin kat dataran Shahbandar sekali...lepas kenyang memang sedap baring2 nie...hakhak...





akhir kata: sempurnakan harimu..heee=D
sekian...

Saturday, May 14, 2011

Seperti sediakala

Alhamdulillah...akhirnya blogspot dah pulih daripada kecederaan yang parah...hopefully,dia dah pulih sepenuhnya....

Dengan itu...Laman Langkah Seorang Musafir akan beroperasi seperti sediakala...Sedikit kecewa kerna last entry dan komen2 emas dari pelawat2 terhormat recently tak dapat diselamatkan...
Btw,terima kasih kepada pengunjung2 dah Sahabat blogger yang terus beri sokongan terhadap aku...Kalau ada ruang...Luangkanlah sedikit untuk datang melawat sini lagi...

Ruangan nie memang mengalu2kan kedatangan kalian...dan kepada pelawat2 baru jangan segan2 tinggalkan jejak...
insyaallah aku akan balas kunjungan kalian...TERIMA KASIH

hav a nice day ya=)

Thursday, May 12, 2011

Golek2 itu Bola

Best jugak berfutsal setelah sekian lama aku tak join...Walaupun aku memang tak berbakat benor main bola nie tapi setakat sepak2 tu adik aku pun bolehhhh...hakhak...btw,memang best dapat gathering dengan kawan2 lama yang kebanyakan mereka nie dah merantau ke tempat orang menuntut ilmu sekarang including aku sekali la an...sekali2 balik bercuti,lepak2 sama memang syok jugak...boleh story mory...but MENGUMPAT NO ENTRY la an...hakhak....
Lencun berpeluhnya ha...Orang kata keluarkan peluh nie sihat...

hopefully,lepas nie boleh lah kita lepak lagi...tak pun masukkan je terus dalam kalendar tahunan an...

macam la lepas nie tak boleh jumpa lagi an...OK my beloved Sahabat...Enjoy with u all tonite walaupun badan dah mula rasa sengal2...

akhir kata dari prinCe arCher: Majulah sukan untuk negara...heee

sekian~

Tuesday, May 10, 2011

Kisahku

Nama aku KIA...Aku dilahirkan pada tanggal 3Feb 2007 di Kuala Terengganu...Aku dijaga tuan aku semenjak aku dilahirkan lagi...aku sememangnya diberi layanan yang cukup baik...seperti layanan yang selayaknya diterima oleh seorang anak emas...kemana saja tuan aku pergi,aku mesti dibawanya....tak kira siang ataupun malam...tak kira sedih mahupun gembira...akulah yang sentiasa disisinya...

Ketika aku muda2 dulu,aku memang CANTIK...kemana saja aku berjalan...kiri dan kanan ada ja yang memandang...kekadang terasa rimas pulak selalu menjadi perhatian...(ewww perasan)..tapi tak mengapa...hidup mesti diteruskan...

TAPI ITU DULU...
ketika aku masih muda bergetah...cantik,comel dan seangkatannya...sekarang nie...tuan aku dah pandang pun jarang sekali...sedihnya rasanya hati diperlakukan sebegitu...Pantang nampak yang cantik je,terbeliak biji mata...

sampai hati you...i tak cantik lagi ke???sekarang you main campak2 je I...
sakit tau kena tidur bawah katil...kadang2 you tinggal I sorang2 kat bawah sofa...
BENCI YOU,BENCI YOU,BENCI YOU..

DRAMA TAMAT
moral:hargai persekitaran kita...bukan ketika diperlukan sahaja kita mencari tetapi setiap masa...TANPA YANG LAMA TIADA YANG SEKARANG


Hahaha,,korang ingat lagi tak karangan format biografi nie???aku dulu2 suka jugak pilih format nie...apa yang selalu aku tulisnya...AKU SEBUAH BASIKAL...lepas tu mengarut la panjang2...Termasuklah yang kat atas nie sekali...lagipun saja2 tambahkan entry...mengikut pandangan masing2 la nak terima entry nie macam mana...LU PIKIRLAH SENDIRI...hehe..sorry ye..mesti penat an baca yang entah pape nie an...

MAIN POINT: yang sebenarnya,aku nak MINTAK MAAF la kat TEMAN2 aku...kalau2 aku terlambat reply mesej atau pun tak jawab call korang...Bukan TAK NAK...tapi lately,handphone aku asyik merajuk je...selalu je main sembunyi2 dengan aku...bila dah jumpa tu dah terpeleot la pulak...kata apek buatlah apa yang patutt...hehehe...kadang2 tu aku tinggalkan aje kat dalam bilik...sebab bukan ada yang nak call pun kan...huhu=p


I'M SORRY...
bebelan by KIA











Sunday, May 8, 2011

Nukilan buat Bonda

19 tahun 3bulan aku sudah bersamamu...19 tahun 3bulan aku sudah mula dapat melihatmu...dan padamu pula 20 tahun bersamaku...tidak pula kamu bersungut jemu bersamaku.tidak pula kamu bersungut letih bersamaku.dan tidak pulak kamu meminta upah dari aku atas apa yang kamu telah lakukan terhadapku melainkan menjadi manusia yang berguna...kamu perjuangkan nyawamu semata2 untuk memberikan kehidupan untukku...ketika mengandungkanku,tidak sesaat pun kamu meninggalkanku keseorangan,membelai diriku,membesarkan diriku,memanjakan diriku...mendoakan kebahgiaan anakmu...segalanya buatku...

PENGORBANANMU tidak dapat kubalas walaupun apa jua yang aku berikan...sungguh besar dan tak ternilai segala apa yang telah kamu lakukan kepadaku kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah aku lakukan kepadamu..

SELAMAT HARI IBU buat mamaku tersayang SAREAH BINTI WAKIMAN...sesungguhnya dirimu tiada peganti...Kamulah teman ketika duka atau gembira yang sebenar2nya...Maafkan kesalahan anakandamu yang selalu nakal2..yang selalu degil dengan pesananmu...Maafkan segala karenah yang telah anakanda pernah lakukan...SAYANG MAMA selamanya...Doakan mama panjang umur agar dilanjutkan usia supaya dapat anakanda berikan lebih kebahgiaan dari anakanda...dan doakan dirimu sentiasa dilindungiNya...dah tiba masanya anakanda pula yang melakukannya...insyaallah...

Friday, May 6, 2011

SEGMEN: Saya sayang blog saya

Ini adalah segmen yang pertama aku pernah masuk...Ketika sedang sibuk2 duk melawat blog teman2..tetiba terjumpalah satu entry SEGMEN: SAYA SAYANG BLOG SAYA...tajuknya memang menarik sebab memang aku sayang blog aku...


header tuan tanah yang sememangnya comel

untuk melengkapkan tugasan nie,so aku perlu menjawab soklan2 berikut...

yang pertama;
-apa pentingnya blog dalam kehidupan korang..?
bagi aku,blog nie penting untuk aku kerna kat sini aku dapat bertukar2 pendapat,luahkan pandangan,bertemu kawan yang diperjauhan dan jugak berkenalan dengan sahabat2 baru.dan disini jugak aku dapat pengetahuan yang baru...kiranya blog nie jugak sahabat aku...

soalan berikutnya;
-apa istimewanya blog korang tu..? cer cite sikit..promote2...huhu
hakhak...keistimewaan???blog nie mungkin tak seistimewa seperti orang lain punya...tapi insyaallah..aku akan bagi sesuatu yang istimewa dari aku buat korang yang sudi melawat dan jugak beri sokongan...

dan soalan yang terakhir;
-kenapa korang sayang blog korang..
Aku sayang blog aku...kenapa aku sayang ya???blog aku nie punya sejarah tersendiri untuk aku...bagi aku banyak kenangan bersama blog nie...suatu ketika dahulu,dengan blog nielah aku dapat mengenali seseorang dan dengan blog nie jugak aku dapat menambah kenalan aku yang sememangnya terbaik...blog aku ibarat sebahagian dari diari kehidupan aku...

baiklah...selesai sudah aku dengan tugasan nie...maaflah kalau tak seberapa...
akhir kata dari prinCe arCher:AKU SAYANG BLOG AKU...

bagi siapa2 yang berminat boleh la join sekali...tarikh tutupnya 7Mei...masih sempat nie...nak lebih detail KLIK SINI

sekian...

Wednesday, May 4, 2011

Janji tetap Janji

Apa yang aku nak luahkan pendapat disini berkaitan dengan JANJI...
Sememangnya kalau dah janji tu mestilah ditepati an...Kalau dah selalu sangat mungkiri janji orang pun dah tak nak berjanji lagi dah ngan kita...
bak kata orang tua2...

lembu dipegang pada talinya...
manusia pulak dipegang pada janjinya...

TAPI...(ada jugak tapi2nya..)

aku tak berkenan la dengan satu ayat orang kita nie...nie kisahnya bila dah berjanji lambat ditunaikan ataupun ada waktu terlaksana tu berganjak dari tempoh yang asal ditetapkan...Aku tak nafikan memang lah tak bagus kalau mungkiri janji...tapi kenapa perlu dikaitkan dengan nama MELAYU...banggakah kita kalau orang kenal kita dengan sifat yang negatif tu???...

nie belum apa2 lagi dah cakap..

versi negatif:
biasalah janji melayu...kalau janji pukul 9 tu pukul 10 baru sampai

Pada pandangan akulah...dalam apa jua perkara yang kita nak lakukan kita perlu tetapkan niat yang betul...Nie kalau sebelum apa2 lagi kita dah setkan kepada negatif,maka keputusannya selalunya akan negatif jugak la...
apa kata kalau kita tukarkan balik kepada yang positif plak...

versi positif:
biasalah janji melayu...kalau janji pukul 9 tu pukul 8.30 dah sampai

kadang2 perkara nie pun berlaku kat aku sendiri....misalnya kita ada janji ngan orang pukul 9..tapi kat fikiran pun dah set:
takpalah, janji pukul 9 tapi mesti pukul 10 jugak sampainya...kejap lagilah aku pergi...janji melayu kan...mesti lambat punya...
hal nie mungkin berlaku kerna hati kita sememangnya dah selalu diajar dan dipupuk sebegitu...
dan apa yang aku nak bagi penekanan kat sini...TAK PERLULAH kita menyatakan frasa biasalah janji melayu tu...tak sedap didengarnya...

Kenapa kita nak megah2kan perkara yang tak baik kepada orang...Nie tak,,,dengan yakin bangsa kita sendiri mencemar nama baik bangsa sendiri...Bukanlah maksud aku untuk kita menutup mata pada kesalahan kita...Kalau dah salah tu sama2lah kita perbetulkan...sama2 kita baiki...
dah prinsip yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing kan...Isunya kat sini...kita sebagai ANAK MELAYU perlu sama2 menjaga dan memartabatkan bangsa kita...Tunjukan imej yang baik pada masyarakat bahawa KITA BOLEH dan KITA BAGUS dalam segala aspek...Siapa lagi yang akan mempertahankan bangsa Melayu dibumi ALLAH nie kalau bukan kita???

Pandangan aku nie bukanlah atas niat perkauman mahupun berlagak pandai,tetapi sekadar mengejutkan sahabat2 aku yang sedang lena supaya bangkit semula...supaya kita tidak rapuh...jangan biarkan kerna nila setitik rosak susu sebelanga...bak kata mantan PM kita...TAKKAN HILANG MELAYU DIDUNIA....marilah kita bersama perjuangkan AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR kita...

terlanjur kata harap dimaafkan,kalau silap harap ditegurkan...kerna aku juga manusia lemah yang tak lari daripada melakukan kesilapan...
kita tak perlu berubah menjadi orang lain tapi kita boleh berubah untuk menjadi kita yang lebih baik...
akhir kata,BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...
sekian buat kali nie...

Tuesday, May 3, 2011

Legumnasea VS Leguminasae

Korang tahu tak apa tu Legumnasea dan Leguminasae???Yang sebenarnya mereka nie adalah keluarga untuk ulam2an...Ulam pun ada keluarga tau...hehe...Sebelum tu aku nak tanya korang dulu...pernah tak korang makan jering???atau petai???
Bila sebut pasal jering ngan petai nie kan mesti fikirkan mulut berbau selepas makan an..huhu...by the way,tujuan aku post pasal menda nie bukan pasal mulut berbau tu...Kalau tu masalahnya senang je...gunalah COLGATE PLAX(iklan tak berbayar)...Hari nie aku nak berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang khasiat ulaman nie...

First,aku nak introduce ahli keluarga yang pertama iaitu petai...Parkia spp atau lebih dikenali PETAI nie tergolong dalam famili Leguminasae...Menurut Pak Cik Google..Buah Petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis...Dan tercatat jugak kat situ bahawa orang2 lama juga percaya keberkesanan buah petai merawat penyakit hati,buah pinggang dan untuk mengubat kanak2 yang kecacingan...Untuk pengetahuan,petai mengandungi pelbagai unsur2 seperti vitamin dan galian yang menyumbang kearah kesihatan pengguna dan kandungannya pulak bergantung pada saiz buah dan umur petai itu sendiri...


petai yang tunggu masa untuk dijual

Seterusnya,aku perkenalkan ahli kedua...namanya Pithecellobium Jiringa atau lebih dikenali dengan panggilan JERING...Jering nie pulak tergolong dalam famili Legumnasea...Seperti petai jugak,Jering mengandungi nutrient seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi ,vitamin A ,B dan jugak C... Bersumberkan Pak Cik Google jugak ,jering dapat membantu merangsangkan pembuangan air kecil... Namun begitu, pengambilan berlebihan akan memberi kesan sebaliknya... Selain itu, berdasarkan kajian sains, kandungan sebatian alkoloid dalam jering dapat membantu meneutralkan paras gula dalam badan...Oleh hal demikian, ianya berkesan sebagai penawar terhadap penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit...(macam penskipsi ubat je)...Selamat mencuba la ye:)

Jering

Untuk anak2 muda zaman sekarang...aku sarankan supaya makanlah ulam2an yang mengandungi pelbagai khasiat semulajadi...dan bagi sapa2 yang tak makan sayur tu...mulai hari nie...berusahalah makan sayuran...tak semestinya petai atau jering je...MACAM2 lagi ADA...ini adalah rahsia orang2 lama kita yang hidup sihat walaupun dah berusia...besarnya nikmat yang ALLAH berikan...rugilah kalau tak dimanfaatkan..akhir kata dari prinCe arCher...MAKAN SIHAT,HIDUP SIHAT...kalau nak tahu lebih...tanyalah pak cik GOOGLE sendiri....sekian :)

Monday, May 2, 2011

Mimpi

Yelah...orang cakap mimpi yu mainan tido...tapi kadang2 bermasalah jugak kalau dah tak tau bezakan antara mimpi atau kenyataan...boleh tak keruan dibuatnya...

apa jadi kalau bila terjaga rasa macam sesuatu memang dah betul2 berlaku...segar2 je jalan cerita yang tergambar tu...ibaratkan rasa macam orang dah bagi harapan dan tiba2 katakan tu cuma gurauan an...macam nak teruskan stay kejamkan mata sampailah tahu apa kesudahan cerita tu...
mimpi ke memang betul2 aku dah lalui tu???aiseyman...

mimpi oh mimpi...ko nie memang mimpi semata2 ke???mimpi takkan jadi kenyataan laa...aku tau aku sapa...biarlah setakat bermimpi je...

tapi kalau diingatkan balik selalunya memang kita dah tak ingat mimpi kita tu an...dalam kes yang luar dari biasa nie lah yang buat terfikir jap..mimpi ke???
patutlah orang pun ada cakap mimpi dah jadi kenyataan bila dapat apa yang diimpikan...memang syok habis kalau mimpi jadi kenyataan nie..tu kalau yan kita suka la..huuuu...

celik je mata apa yang ditanya pada diri..

MENGIGAU ke apa???

kabur

note:kalau dah mimpi tu macam2 pun boleh jadi...berpijak pada bumi nyata...jangan lupa bahawa langit yang dijunjung dan dibumilah tempat berpijaknya...

Sunday, May 1, 2011

Buat Jodohku

All my bags are packed I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin' it's early morn
The taxi's waitin' he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

There's so many times I've let you down

So many times I've played around
I tell you now, they don't mean a thing
Every place I go, I'll think of you
Every song I sing, I'll sing for you
When I come back, I'll bring your wedding ring

So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go

Now the time has come to leave you

One more time let me kiss you
Close your eyes I'll be on my way
Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times, I won't have to say

So kiss me and smile for me

Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go
Cause I'm leavin' on a jet plane
Don't know when I'll be back again
Oh baby, I hate to go

Cause I'm leavin' on a jet plane

Don't know when I'll be back again
Oh babe, I hate to go


mungkinkah aku akan temuinya
jika kau adalah jodohku...
suatu hari nanti akanku pergi kepadamu....
tika tu...
takkkanku lepaskan lagi tanganmu...
takkanku lemahkan dakapanku...

insyaallah
....
kalau dah memang jodoh..
pun 10 tahun berpisah akan bertaut jua...