SaHabat ArCher

Saturday, December 31, 2011

Selamat Hari Lahir Mama

 Sebelum 2011 menutup tirai...

my family



Selamat Hari Lahir Mama...(30/12)
my beloved

Selamat Bertunang Angah & Abg Ngah to be..hehe(28/12/2011)


Friday, November 25, 2011

Kehidupan Baru

Woho...aku di UITM JENGKA sekarang.....Uitm dihatiku la an..ahaks...Memang dah lama tak online dan bila dapat je peluang terus nak buat entry nie...So far takde masalah lagi setakat nie...everythings UNDERCONTROL...cewah...Aku bersyukur masih diberi peluang untuk menimba ilmu disini walaupun agak ketinggalan dari rakan seusia aku yang sewaktu dengannya...tapi aku tak mengalah...maybe aku akan temukan yang lebih baik disini..insyaalllah...tapi kenangan aku bersama PASUMians 2010/2011 takkan aku lupa....

this video inspires me
When you don't give up..You cannot fail...

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha

Esok mama nak masak apa???
Lepas smayang raya kita nak pergi mana dulu erk???
Ayah masuk bahagian tak???

Nie klu kebiasaan nak hari raya...buat kali nie aku sambut seadanya...

cuma ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat islam dan semoga semua jemaah haji dapat menyempurnakan ibadat dengan selamat...

untuk kali nie berpagi raya bersama adik dan abang serta kakak ipar je...
tak lupa buat angah yang berada di bumi kenyalang(salam perantau:p)

yang dirindu ayah dan mama di tanah suci...doakan mereka dilindungi dan diberi kemudahan disana..

Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Langkah ini...

hari berganti hari...dan bulan silih ganti...langkah disusun dengan waspada...kerna khuatir tersasar lapangan,terhumban ke lembah gelita tersesat di rimba dunia...kucari petunjuk kemana hala tujunya...destinasi yang belum pasti dimana hentinya...

langkah demi langkah ku gemblengkan tenaga...pergi dan pergi semahunya...agar aku berdiri seiring dengan masa...kukerahkan kudrat seboleh mungkin dan berharap tak terhenti sebelum tiba waktunya...aku menghitung detik berputar mengelilingi roda...detakan waktu seakan seirama degupan didada...makin diamati...semakin jelas alunannya...

sedarkan kaki mula mati langkahnya...kuhentikan seketika...kupulihkan tenaga sebelum ku sambung kembara...tumpang berteduh dibawah pohon yang bersimpati...menumpang kasih rimbunan dedaun...langit perang menyinar lautan biru luas terbentang...


monolog sejenak kurenung kufikirkan...fikirknya dimana aku berada...dan kemana destinasi seterusnya...setiap tandukku seolah serba tak kena...yang baik kuharapkan tapi sebalik pula yang kuberikan...namun kumasih berharap untuk terus melangkah...agar tak terpadam langkah seorang musafir...


landscape by sifu warnaiman azizi

Tuesday, September 20, 2011

kerana degilmu...

KENAPA kau persoalankan sedangkan yang sebenar²nya kau tak bersedia dengan jawapannya???

KENAPA kau mendaki ke tempat tinggi sedangkan kau sendiri gayat pada ketinggian???

KENAPA kau berada di tebing curam sedangkan kau tahu akan terhumban ke bawah???

KENAPA kau  melangkah sedangkan kau tak pasti kemana hala tujuan???

KENAPA kau renang lautan sedangkan kau takut lemas dilanda badai???

KENAPA lakukan kejahatan sedangkan kau tahu neraka balasannya???

KENAPA kau abaikan kebaikan sedangkan kau ingin kesyurgaNya???

KENAPA kau mencari sedangkan kau pasti bukan disitu tempatnya???

KENAPA kau  buru pelangi sedangkan tahu ia hanya boleh dipandang???

KENAPA kau berhenti sedangkan belum sampai di garisan penamatnya???

kenapa,kenapa, dan kenapa???
subhanallah...Engkau sahaja Maha Mengetahui...dan kepadaMu kuberserah...

Monday, September 19, 2011

seribu tahun,,,

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau yakin… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Jangan putus harapan… sedia setia…



Thursday, September 1, 2011

Last But Not Least

Ramadhan berakhir kini SYAWAL menjelma...begitu pantas waktu berlari....dua hari bulan syawal dah pun berlalu...berharap bertemu lagi dengan RAMADHAN akan datang...dipanjatkan doa agar ibadat kita diterimaNYA...insyaallah...

dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua SAHABAT bloggers DAN kepada sesiapa yang setia membaca coretan aku nie...kalau ada salah tutur bicara...harap MAAF ZAHIR&BATIN..Semoga berbahgia di hari lebaran...





DAN








SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54 MALAYSIA

p/s:picture raya belum sempat ditempek kerna sedang sibuk beraya...hehehe:-)

Saturday, August 20, 2011

Mulut Kau Bukan Mulut Aku

actually aku ada satu pandangan la...takda kaitan ngan sapa² just buat renungan bersama...

apa pendapat korang berkaitan bercakap buruk tentang orang lain...it's mean bawak mulut la kan..Ini semua kerna MULUT...kalau istilah omputehnya MOUTH bukan mouse tau...hukhuk...persoalannya berbunyi macam nie...(eh ada bunyi erh)
perlu ke kita nak menyebar atau memanjangkan cerita tentang keburukan tentang orang lain sedangkan kita masih diberi peluang untuk membicarakan tentang kebaikan...


bukan ke lebih baik kita memberikan ucapan yang baik supaya dijadikan nasihat yang berguna untuk masyarakat khususnya rakan² dah ahli keluarga terdekat dengan kita...takda faedah pun kalau kita duk jaja keburukan orang...nanti kalau terkena kat batang hidung hang pa sendirik...baru hang pa tauuuu...(asal keluar loghat utara nie???pengaruh matluthfi la nie...hehehe)

bersempena ramadhan yang mulia nie..jomlah kita pakat² jadikan titik permulaan untuk perbaiki diri kita..insyaallah...

bak kata Dr Fadzilah.. "SELAMI JIWA, RAWAT ROHANI, PERKEMAS PERIBADI..":)

tu saja buat kali nie...renung²kan dan selamat beramal...selamat bersahur ye:-)

Tuesday, August 2, 2011

Jom Terawih

Alhamdulillah...dah dua malam selesai dan hari nie dah hari kedua berpuasa...Tahun nie berasa beruntung kerna dapat berpuasa dan berterawih penuh kat kampung...INSYAALLAH...di kesempatan ini aku nak mengajak sahabat² turut bersama berjemaah solat terawih...boleh la pergi ke masjid atau surau berdekatan...JOM PAKAT GI SEJID...Siapa² yang terlupa nak lafaz niat mai sini nak kongsi...Pandai tak banyak,sekadar nak berkongsi tu boleh la...selamat beramal :)

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT TERAWIH

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى 
"Sengaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
 
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT WITIR(2 RAKAAT)


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala" 

 LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT WITIR(1 RAKAAT)

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Monday, August 1, 2011

Sekadar Mengingatkan...

Aku tahu korang dah tahu...tapi tak salah saling mengingatkan...untuk hari nie aku nak berkongsi dengan niat dulu...sebab apa²pun bermula dengan niat an...

LAFAZ NIAT PUASA FARDHU RAMADHAN

Niat puasa Ramadan 

Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

DOA KETIKA BERBUKA PUASA

Doa berbuka puasa 

Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.








Kini Sudah Tiba...

FIRST of Ramadhan is COME BACK...
yeaaaahhh...Alhamdulillah,berjumpa lagi dengan Ramadhan..Dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua sahabatku yang beragama ISLAM...semoga ibadat tahun nie lebih sempurna dari tahun² lalu...JOM kita ramai2 kita imarahkan masjid dengan berterawih jemaah...okey...dalam beberapa jam lagi dah nak berbuka...korang nak makan apa hari nie???...INGAT....jangan terlebih pilih pulak nanti bila pergi bazar...huhu...

Sunday, July 31, 2011

Aku Tak Layak

SORRY LAMBAT...angkara tak boleh tidur malam...aku datang lambat sekolah hari nie(walaupun memang muka cop datang lambat)huhu...Entah kenapalah selalu je tak lena nak tidur...pejam punya pejam tengok2 dah pukul 5 pagi...kena tunggu masuk waktu dulu la kalau tak nak terlepas waktu..aiyark..=.=

HARI nie 30/07/2011...sekali lagi aku datang ke ex-secondary school aku TUN TELANAI untuk bantu kawan2 yang lain jadi fasi adik2 yang bakal amik SPM tahun nie..Kalau nak tolong banyak tak dapat...so,sikit2 boleh la...aku tak nak bebel banyak2..just nak share gambar sikit2 nie..
scrolllll...

sesi minggu lepas...kelas addmath

sesi hari nie bersama chemistry

bersama guru penyelaras dan guru kaunseling






Tu saja buat kali nie...jumpa lagi...





Friday, July 22, 2011

Eye See Tea

It's FRIDAY...kalau dah teringin nak makan tu mesti kena makan jugak an...huhu...So,apalagi...JOM KITE MAKANG...Jom kita makan...hehe...aku dah ajak satu bas,tapi yang nie je yang dapat join...tapi takpelah..aku tak nak cerita banyak untuk kali nie..Just scroll down and it's showtime:)

Lokasi:Pantai Teluk Ketapang dan sewaktu dengannya
semua aku sebat,walaupun tahu akibatnya...huhu
muka kenyang kot???
KAMI  ada disini
Bila perut dah kenyang,hati pun jadi senang..
1,2,3...dan 10
Senyum tak perlu kata apa2
KAMI are BOLOXNESE

Itu je kot untuk kali nie...peace yawr!!!assalamualaikum dan salam sejahtera bagi yang bukan muslim..hav a nice day

Tuesday, July 12, 2011

Biarkan Aku Terbang

Selamat sejahtera buat sahabat2 aku sekalian...tak kira yang mengenali aku di alam nyata mahupun di dunia maya nie...bagi aku semua adalah sebahagian daripada penyeri hidup2 ku...Lately memang aku takda kemunculan kat mana2...besides takda orang yang perasan pun aku takda an..huhu

okey...sepanjang aku tak singgah kat sini...macam2 yang telah berlaku...especially apa yang terjadi kepada aku tanpa diduga...dalam tempoh begitu singkat semua berlaku dengan mendadak...sekelip mata kehidupan aku dah berubah...

dari seorang anak remaja sekarang sudah bergelar usahawan muda...alhamdulillah...dan tak lama selepas tu aku pulak telah disatukan dengan permaisuri hatiku...maaf kerna tidak memberitahu mahupun membuat jemputan...aku cuma buat secara kecil2lan sekadar meraikan saudara mara terdekat...sorry sesangat..kalau korang ada lagi meriah an...aku harap korang doakan kebahgiaan aku dan dia ya...huhu:) aku harap aku diberi kemudahan untuk mengharungi hari2ku seterusnya menjadi suami yang terbaik.

petang tadi aku selepas balik dari tempat kerja...aku sempat luang masa aku dengan permaisuri aku keluar ambil angin petang...selepas selesai bersihkan diri dan usai solat asar...aku bawa dia bersiar2 ke tempat kegemaran kitorang...(tak boleh bagitau la...nanti kantoi...hakhak)..permandangan yang hampir senja memang indah an...masyuk la dengan mood kitorang...huhu...hari aku cukup indah bersama dia...kerna menyayangi orang yang menyayangi kita amat besar ertinya buat kita an...huhu:) sebelum senja berlabuh...aku berjalan menyusuri laluan berduaan...sebab lepas selesai maghrib tu nak terus makan malam kat luar...sebab sebelum keluar tadi pun belum masak apa2...taknak terkejar2...hidup biar santai...hakhak...

tapi malang tak berbau...aku terlalu leka..ketika melangkah untuk masuk ke restoran...tiba2 aku tersadung batu...kerana gagal untuk imbangi badan lalu aku terjatuh...dunia tiba2 gelita..aku cuba membuka mata yang terasa berat...terjaganya aku dari pengsan...aku menyedari yang aku sedang berada diatas katil bersendirian dan dalam kebingungan...mana perginya permaisuri aku???...aku membuang pandangan pada jam dinding lalu aku terkejut kerna waktu seakan berputar kebelakang lantas mengembalikan aku dari dunia khayalan...

Mimpi cukup indah untuk dihayati...
tetapi mungkinkah
mimpi itu menjadi kenyataan...

sory buat korang penat membaca...actually nie adalah untuk kemunculan aku yang sekian lama menyepi...walaupun agak merepek..dalam penyampaian nie terjentik jugak impian untuk memiliki mimpi yang kabur tu buat selamanya...hmm...harapkan suatu hari ada sinar yang memihak buatku..sekira tidak berkesempatan...itu adalah ketentuannya...
format rujukan:buku teks karangan tingkatan3...hahaha

Monday, June 13, 2011

Kembalikan PELANGI

Hai kalian...assalamualaikum buat sahabat semua...
Lama rasanya aku tak jenguk2 kat sini...dekat sebulan kot...mesti dah banyak aku ketinggalan crite2 hot korang...lama tak blogwalking nak usha2 story...kalau nak kata sibuk tu aku taklah sibuk mana pun...sebab aku bukannya busynesman or whatever..hakhak...just baru2 nie masuk fasa jiwa kacau kejap...entah apa yang dikacaunya...heee...rasa diri bagaikan lumpuh...tapi sekarang lepas beberapa perkara yang aku lalui sedikit sebanyak ada yang bagi aku kekuatan untuk menghadapi hari2ku walaupun belum pulih sepenuhnya...namapun kehidupan...pembelajaran banyak melalui pengalaman kan...nanti2 kalau ada kesempatan aku kongsi2kan kat sini...

ada jugak suara2 yang katakan aku nie buat selamba derk je lalui semua nie..buat macam takda apa2 berlaku...apa aku nak kata kat diorang "kalaulah korang ada dalam kasut aku"(terjemahan peribahasa inggeris)haha...takkan aku nak menangis 24jam kot...boleh selesai masalah ke kalau aku buat camtu???

aku masih bersyukur kerana aku masih boleh tersenyum walaupun hanya seketika...

AKU RINDUKAN PELANGI...


special thanks to; dear parent...
to insan terpilih...sahabat aku dan jugak awak...
siapa awak???yela awak/kamu/anda si pembaca
yang setia baca sampai habis bebelan ikhlas nie...hehe

Thursday, May 26, 2011

Hidup ini memang palat,tapi esok masih ada

Oleh kerna terdapat banyak masa aku yang terluang,aku nie berasa ringan2 je nak mengodek2 fail lama aku yang masih tersimpan kemas dalam cakera keras nie an(bahasa omputehnya hard disk..hehe)...macam kertas je an tersimpan kemas2 nie...apa2 aje lah...

TAPI bukan tu yang aku nak ceritakan...
korang nak tau apa aku jumpa...
Nie dia...KAMI the MOVIE...aku suka cerita nie walaupun korang tak suka...Actually cerita nie dah lama dah...dalam 2008 kot released..masa aku budak sekolah lagi..yang series pun aku follow kat 8tv sebelum tu...sebabnya suka tengok JULIANA EVANS berlakon time tu...comel...pantang la kan tengok comel2 nie...isk3...tapi melepas la...ZIZAN dah amik dulu...hehe.....yang bestnya cerita nie...



KAMI berkisarkan tentang perjalanan remaja dalam menempuh liku2 kehidupan yang sememangnya cukup mencabar bagi anak remaja yang mula ingin berkembang...macam akulah an remaja...heee...setiap watak punyai konflik masing2...macam mana kisah persahabatan mereka???boleh ke mereka selesaikan masalah diorang???tengok la sendiri ceritanya ye...kalau tak best jangan salahkan aku plak...huuu

moral of da story...first,masalah takkan selesai kalau dipendam...kedua plak,kita perlu berfikir panjang sebelum bertindak dan sentiasa sebarkan senyuman macam nie =)
kalau nak lagi banyak,senyum macam nie =D baru sampai ke telinga...

actually,cerita nie buat aku rindukan sahabat2 aku...all the best tu you all...
dan pada korang semua,thanks kerna sudi membaca...lepas nie mesti ada yang nak godek2 fail jugak an...heee...

apa2pun aku nak ucapkan selamat la kat korang,,hav a nice day ye...=)
sekian...

Wednesday, May 25, 2011

Tanya sama pokok?

lirik dia aku suka...huuu..
Layannn
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam


Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

Meet Uncle Hussain Feat Hazama - POKOK
DOWNLOAD sini...nak DENGAR pun boleh kat situ...

Saturday, May 21, 2011

Esok kan terbit MENTARI

kusangkakan panas berpanjangan,,,
rupanya gerimis ditengah hari...


sesungguhnya DIA takkan memberikan ujian melebihi daripada kemampuan kita...DIA mengetahui akan apa yang perlu untuk kita...mungkin ini sebagai peringatan daripadaNYA...bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk menghadapinya...sememangnya tidak mampu dilawan ketentuanNya....namun ketentuannya juga berdasarkan usaha dan doa kita...mungkin belum cukup usaha yang ada ataupun sememangnya ada kebaikan yang sedang menunggu dihadapan sana...

cuma kumohon agar diberikan jalan dan diluaskan ruang buat aku terus melangkah dibumiNYA yang fana...semoga ianya diiringi petunjuk dah hidayah...amin


menantikan sang mentari...

melemparkan senyuman kerna tiada duka yang abadi
sekian...

Thursday, May 19, 2011

bring me SOMEWHERE

siting for awhile...
in my own world without stranger...
expect to be in somewhere...
through the day with a more tough...
seeking for sincerity...
to get through...



pokok di antara lalang
and now...
be happy with the bounty...
makes it easy endured...

mood:senyum saja=)



Monday, May 16, 2011

Masih Ku Kenang

Bersempena 16Mei nie...Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada semua warga pendidikan...tak kira bergelar CIKGU,TUAN PENGETUA,PENSYARAH mahupun TUTOR

SELAMAT HARI GURU

Bagi aku semua layak diraikan...Becoz smua orang berperanan sebagai pendidik..Kita an 1MALAYSIA(ada kaitan erk???)heee...

okay2.first sekali,aku nak mintak maaplah kat cikgu2 aku dulu...bermula dari tadika sampai la loni dah abis sekolah dah pun...dah besau panjang pun...kadang2 aku ada jugak buat nakal dalam kelas,patahkan pembaris cikgu semata2 nak denda aku, tak siap homework..tapi MAAFKAN SAYA ya CIKGU...saja je nak gurau2 dengan cikgu..heee...especially ngan cikgu2 dari sekolah...First sekali SK PADANG MIDIN,pastu plak balik kampung sendiri SK PAYA RESAK sebelum aku up sikit ke sekolah menengah yang merangkap sekolah terakhir iaitu SMK TUN TELANAI...Bermacam2 yang aku lalui pada zaman nie...Dan bermula dari sinilah aku belajar memgeja dan sampai sekarang dah boleh berbloging nie ha...tu pun ada lagi yang salah eja..heee..tak lupa juga buat tenaga pengajar PASUM...

Setakat tu sajalah ucapan a.k.a bebelan aku nie..dan aku tahu korang bukan suka sangat nak baca panjang2 an...Jadi izinkan aku undur diri dulu ye...

TAPI sebelum tu, meh la sini aku nak share sikit gambar2 tentang perjalanan aku untuk hari nie...

ce ce cekidop...


aparts of KAMI



buat cikgu dari adik2 integrasi

sketsa pelajar

bila cikgu menjadi pelajar

Sir Burn...Orang Fizik dan disiplin(sandar kat pintu)
Cikgu Suhaimi...PK HEM(paling kanan)

Cikgu Aida...Orang Bahasa

teacher Ilmi(2dari kanan)

penemuan telur dalam beg Ustazah Zalina

Cikgu Aliza: aku dapat A+
Cikgu Usop: sabo jelah

Cikgu Baizah...Orang Math

sebahagian yang sempat diabadikan...SAYANG SEMUA...JASAMU DIKENANG
sekian...