Selamat sejahtera buat sahabat2 aku sekalian...tak kira yang mengenali aku di alam nyata mahupun di dunia maya nie...bagi aku semua adalah sebahagian daripada penyeri hidup2 ku...Lately memang aku takda kemunculan kat mana2...besides takda orang yang perasan pun aku takda an..huhu
okey...sepanjang aku tak singgah kat sini...macam2 yang telah berlaku...especially apa yang terjadi kepada aku tanpa diduga...dalam tempoh begitu singkat semua berlaku dengan mendadak...sekelip mata kehidupan aku dah berubah...
dari seorang anak remaja sekarang sudah bergelar usahawan muda...alhamdulillah...dan tak lama selepas tu aku pulak telah
disatukan dengan permaisuri hatiku...maaf kerna tidak memberitahu mahupun membuat jemputan...aku cuma buat secara kecil2lan sekadar
meraikan saudara mara terdekat...sorry sesangat..kalau korang ada lagi meriah an...aku harap korang doakan kebahgiaan aku dan dia ya...huhu:) aku harap aku diberi kemudahan untuk mengharungi hari2ku seterusnya menjadi suami yang terbaik.
petang tadi aku selepas balik dari tempat kerja...aku sempat luang masa aku dengan permaisuri aku keluar ambil angin petang...selepas selesai bersihkan diri dan usai solat asar...aku bawa dia bersiar2 ke tempat kegemaran kitorang...(tak boleh bagitau la...nanti kantoi...hakhak)..permandangan yang hampir senja memang indah an...masyuk la dengan mood kitorang...huhu...
hari aku cukup indah bersama dia...kerna menyayangi orang yang menyayangi kita amat besar ertinya buat kita an...huhu:) sebelum senja berlabuh...aku berjalan menyusuri laluan berduaan...sebab lepas selesai maghrib tu nak terus makan malam kat luar...sebab sebelum keluar tadi pun belum masak apa2...taknak terkejar2...hidup biar santai...hakhak...
tapi malang tak berbau...aku terlalu leka..ketika melangkah untuk masuk ke restoran...tiba2 aku tersadung batu...kerana gagal untuk imbangi badan lalu aku terjatuh...dunia tiba2 gelita..aku cuba membuka mata yang terasa berat...terjaganya aku dari pengsan...aku menyedari yang aku sedang berada diatas katil bersendirian dan dalam kebingungan...mana perginya permaisuri aku???...aku membuang pandangan pada jam dinding lalu aku terkejut kerna waktu seakan berputar kebelakang lantas mengembalikan aku dari dunia khayalan...
Mimpi cukup indah untuk dihayati...
tetapi mungkinkah
mimpi itu menjadi kenyataan...
sory buat korang penat membaca...actually nie adalah untuk kemunculan aku yang sekian lama menyepi...walaupun agak merepek..dalam penyampaian nie terjentik jugak impian untuk memiliki mimpi yang kabur tu buat selamanya...hmm...harapkan suatu hari ada sinar yang memihak buatku..sekira tidak berkesempatan...itu adalah ketentuannya...
format rujukan:buku teks karangan tingkatan3...hahaha