SaHabat ArCher

Monday, November 29, 2010

katakan BOLEH!!!

Pejam celik-pejam celik...minggu pertama untuk second semester dah pun berlalu...For second week nie..jadual masih belum padat dengan tutorial dan kerja2 lab...lebih kurang untuk first week jela...cuma minggu ni dah takda taklimat lagi dah...Yang ada cuma kuliah...Tutorial dan lab akan mula minggu depan...so,next week akan bermulalah hari kesibukan kami bagi budak PASUM...Dengan harapan aq dapat bagi performance yang lebih baik daripada semester lepas...Aq pun dah tukar sikit strategi untuk semester ni...Untuk semester ni insyaALLAH aq tak tidur dalam lecture hall lagi dah...sebab aq dah duduk dekat bahagian tengah lecturer hall dan boleh dikatakan depan muka lecturer...kalau dulu aq duduk depan jugak tapi kat bahagian tepi...sekarang ada perhatian yang lebih...so kalau nak tido tu mungkin fikir 10 ratus kali la...hakhak...
Semester ni mungkin akan terasa lebih pendek as ni adalah final semester...almost 4bulan lebih je lagi untuk ke tarikh keramat tu...lepas tu kami akan mula bercuti panjang dan kenyataannya lebih panjang tempoh cuti masa lepas SPM dulu...huhu...(belum apa2 dah cakap pasal cuti)...
Oleh kerna masa yang tak berapa panjang tulah aq kena berusaha kuat untuk coop semua knowledge...Knowledge yang akan digunakan untuk AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR...Kalau orang lain boleh buat,kenapa aq tidak boleh???AQ JUGA PASTI BOLEH!!!insyaALLAH...

pada akhir minggu ke3 atau awal minggu ke4...penantian akan berakhir...DOAKAN kejayaan kita semua ya sahabat2...Dan selamat menempuh hari esok...Apa jua yang datang...harungi dengan senyuman=)

yin:are you ready untuk berjumpa penasihat???hee

akhir kata by prinCe arCher
kita perlu korbankan keinginan2 kecil untuk mendapat keinginan yang lebih besar...=)

Monday, November 22, 2010

Esok akan tiba jua...

8.00malam 21NOV2010 Hujan mencurahi bumi Terengganu sementelahan aq pula memulakan melangkah meninggalkan rumah dan dihantar oleh mama dan ayah...Diluar lebatnya hujan membasahi jalan begitu jugaklah perasaan aq ketika itu...dibuang pandangan keluar yang dikanannya tersergam hotel FELDA dan dikiri pula kilauan Masjid Kristal yang dapat dilihat dalam kesamaran malam...Terasa berat hati untuk meninggalkan mereka...cuti final sem 2minggu ibarat 2hari...sungguh pantas masa berlalu...Aq akan merindui saat2 yang aq luangkan ketika cuti semester yang berlalu semalam...Walaupun jarak KL ke KT taklah jauh sangat...Namun bukan aq berpeluang untuk balik ke rumah selalu...Namun aq tabahkan jua...pengorbanan aq DEMI MASA HADAPAN...(teringat nasihat dia=))...

Lebih kurang 12.30malam...
Aq selamat tiba ke kolej tercinta KK12 a.k.a Kolej Raja Dr Nazrin Shah...I'M BACK!!!KK12 seakan2 menjemput kepulanganku...gemerlapan lampu kalimantan dari bilik2 student yang belum tidur menerangi permandangan aq...kerna mereka tahu yang kuliah akan bermula pukul 2.00petang esok...huhu(dramatik skit)...

Masuknya kalendar 22NOV2010 masihi...Bermakna bermulalah sudah semester baru bagi budak2 PASUM bagi sesi2010/2011...Dengan debaran menunggu keputusan final sem lepas yang akan keluar 1minggu dari sekarang...Hope...permulaan ini akan berlaku dengan baik dan mendapat pengakhiran yang lebih baik...=)

So...sekarang...aq rasa sudah tiba masa untuk aq tidur setelah aq membebel diruangan Mr.RiGht peneman aq nie...kerna jarum panjang jam yang melekat kat dinding sudah berada pada detik 12 manakala jarum pendek pada angka 2...Walaupun esok boleh bangun lambat=)...namun badan aq bisik padaku yang dia perlukan rehat...konklusinya aq nak rest2 dulu...nak bawak kesegaran ke DKU yang lama kami tinggalkan...SELAMAT MALAM kepada pembaca setia....

AKHIR kata by prinCe arCher...
Hadapi hari anda dengan senyuman...

p/s:jangan tension2 lagi...masih banyak yang perlu dilalui esok...=)

Thursday, November 18, 2010

Maafkan Daku Kerna Mencuri Pandang Dirimu...

Aq tidak tahu kenapa aq perlu merasakannya...

Walaupun semakin dekat untuk bertemu...semakin kuat pula debaran yang terasa...setiap saat rasa sesak untuk aq bernafas...
Saat ayahanda memberikan arahan untuk kerumah
dia...gembiranya aq rasa...kerna bukannya senang untuk peroleh peluang tu kan...huhu...Perasaan yang pada mulanya gembira berbaur rasa cemas yang sehinggakan kelam kabut aq dibuatnya...walaupun sekejap namun tetap bemakna=)

Ketika dia tiba kemajlis yang sama...aq berasa segan tak semena2...
rasa berat kepala untuk memalingkan pada dia...namun begitu...kadang2 aq tebalkan jugak muka nie untuk berpaling kerna aq tidak mahu lepaskan peluang untuk melihat si dia...walaupun dari jauh cuma...mana tahu yang mungkin suatu hari aq tidak lagi berpeluang melihat si dia...
sekiranya si dia membaca entry nie..."MAAFKAN SAYA KERNA SAYA CURI PANDANG AWAK."Biarlah lidah tidak berkata2...namun mata menjelaskannya...
Thanks atas senyuman yang buatkan aq senyum dan terus senyum=)

by priCe arCher

DEDIKASI buat AYAH

18hb November...
anakanda tahu yang ayahanda tidak akan membaca entry ni...namun anakanda ambil peluang nie ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ayahanda...

dirimu adalah idolaku...
penat jerih telah kau lalui...pelbagai liku telah kau tempuhi...memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang tidak putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk kami...Dirimu yang tidak pernah kenal erti lelah berusaha menyara hidup kami semua...pengorbanamu tidak terbalas rasanya...MAAFKAN anakandamu yang selalu menimbulkan keresahan buat dirimu...TERIMA KASIH kerna menyediakan kemudahan dan kelengkapan anakandamu ini...TERIMA KASIH kerna memberi pelajaran dan nasihat yang tidak henti2 dan tidak pula terbit rasa jemu membesarkan kami...ALHAMDULILLAH usahamu itu diberkatiNYA sehingga bolehkan anakanda suakan nasi kedalam perut....membiarkan kain melitupi tubuh dan berlindung di bawah bangunan yang berdiri teguh beratapkan bumbung...Dengan segala yang ayahanda sediakan ini akan anakanda berusaha tingkatkan ilmu didada untuk menjadi insan yang berjaya....Anakanda doakan kesihatan ayahanda dan dipanjangkan usia...InsyaALLAH kelak anakanda akan cuba membalas segalanya yang ayahanda telah lakukan walaupun anakanda tahu semua itu tidak terbalas nilainya...Kadang2 anakanda terasa sayu melihat kesungguhan ayahanda melaksanakan tugasan ayahanda...Walaupun berat...senyumanmu memberikan kekuatan...Tidak sabar rasanya anakanda untuk menanti saat untuk anakanda pula pikul tanggungjawab yang ayahanda lakukan...biarlah anakanda2mu pula yang menabur jasa...

ARED SAYANG AYAH...
KAMI SAYANG AYAH...

dedikasi buat ayahku tersayang Mohamad Harun Bin Hj Awang...

by prinCe arCher

Pengorbanan Aidiladha

Berlalu sudah 17hb 11 2010M bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...
Sekejap saja masa berlalu...Pertama sekali untuk entry aq yang ini nak ucapkan salam Aidiladha buat saudara2 sekalian dan juga sahabat2 seperjuangan...Moga2 berbahgia disamping keluarga dan selamat beribadat buat saudara2 yang berada di tanah suci...Moga2 kalian sihat sejahtera dan selamat dalam menyempurnakan rukun islam yang ke5 dan dilindungi perjalanan kalian...menjejakan kaki ke sana juga menjadi impian aq...insyaAllah bila tiba masanya nanti...dan tidak lupa untuk saudara2ku..selamat menjalankan ibadat korban...

Alhamdulillah...pagi tadi diberi kesempatan dan ruang menunaikan solat sunat aidiladha berjemaah didesa tercinta di Masjid Kg Paya Resak...Walaupun sambutan tidak semeriah sambutan Aidilfitri namun aq tetap bersyukur dengan kesederhanaannya...Rasa lebih beruntung berbanding saudara kita yang berada di utara semenanjung yang menyambut Aidiladha dalam ujian bencana banjir...

Sepertimana yang kita tahu...Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Isa AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)
(petikan teks iLuvislam,com)

Lantaran itu,membuatkan aq memikirkan disamping mengingatkan diriku tentang pengorbanan...apakah pengorbanan yang telah aq buat demi AGAMAKU,BANGSAKU mahupun TANAHAIRKU sepanjang aq menikmati anugerahNya untuk bernafas dimuka bumi ini...adakah pengorbanan yang aq lakukan sepanjang 18 tahun aq bernafas ini???...dan aq berharap yang setiap pengorbanan dilakukan adalah dengan senyuman ikhlas...Kerna keikhlasan berkorban itu akan terbalas dengan hikmahNya...InsyaALLAH...Aq hanya insanNya yang lemah yang meniti waktu dalam mengenali erti pengorbanan dan kehidupan...Masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai tentang ciptaanNya yang cukup indah dan tiada tandingnya...

yang baik datang dariNya...
dan yang buruk itu kelemahan diriku...
HADAPI HARI ESOK DENGAN SENYUMAN...

by prinCe arCher...

Sunday, November 14, 2010

Aq Balik Lagi...=).

Yeah...selamat sampai ke bumi TERENGGANU tepat 5.30pg nie...Thanks SANI EXPRESS kerana tumpangkn aq buat kali nie...hehe...ALHAMDULILLAH...BALIK2 je terus mengonlinekn diri nie...(sedap2 je tambah imbuhan)hehe...belum sempat panas tempat duduk nie...bukannya apa...mencari ketenangan dinihari kot...hakhak...tenang la sangat...nak tido but mata tak boleh pejam dah...Maybe penangan NESCAFE 'peng' masa kat perhentian tadi kot..huhu...

Aq kembali lagi setelah selamat menamatkan MUET pagi semalam...dua hari je kat sana bagaikan dah lama tak balik rumah...nak buat camne..JIWAKU dah berada dirumah=)...soalannya test tu not bad la...overall boleh buat...betul salah tu kira lain hari la...part yang aq lemah nie time nak buat esei...tajuknya MARRIAGE ARRANGED BY ELDERS...hakhak...apalah aq nak karangkan...klu versi malay tu boleh gak aq taram je...hehe...nie versi orang putih...so kira pasrah jelah=)...apa yang mampu dah dilaksanakan...beserahlah padaNya...berbalik pada topik hangat 2010 tu...so relevankah???itulah persoalannya yang kita cari2 selama nie...cuba korang jawabkan...

HADAPI HARI ESOK DENGAN SENYUMAN=)

by prinCe arCher

Friday, November 5, 2010

KAMI NAK BALIK!!!

ALHAMDULILLAH...selamat juga sampai ke BUMI TERENGGANU tepat pukul 5.45ptg tadi...Perjalanan yang sepatutnya bermula semalam tertangguh ke pagi ni...Apa cerita???

bermulanya ALKISAH KAMI NAK BALIK KAMPUNG...

Tepat jam 6.30 waktu MALAYSIA...kami check outlah dari hotel 5star kami a.k.a KK12...berbekalkan beg pakaian dan seangkatannya...kami mulakan perjalanan kami yang berbaur prasaan EXCITED yang teramat...almaklumlah dah lama tinggalkan rumah...lama ke???hehe...tiket bas ktorg pukul 9malam,tapi ktorg gerak awal2...sebab tak nak berasak dengan orang dalam train on peak hour nie...kalau tak...perjalanan yang sejengkal jadi sedepa=)

Dalam jam 7.30 camtu...bertapaklah kami kat stesen PWTC...turun je kat situ...ktorg pergi sembahyang dulu kat surau berdekatan...lepas siap2 makan sekali...barulah ktorg msuk terminal...orgnya boleh tahan ramai...Ktorang ambik port baik punya...lepaklah atas lantai yang sangat empuk itu...huhu...duduk punya duduk...tiba2...tibalah saat yang dinanti2kan...pukul 9malam...(konon2 suspen)...aq tertinggal kat belakang sebab orang ramai...oleh kerna lost in da crowd...so,aq terlajaklah sampai kat pintu hujung sekali...time tu...aq ad nampaklah bas ***(text missing)kat depan...tapi yang aq nampak nie trip ke kota bharu...aq pun patah balik la...sbb tak jumpa teman2 aq yang lain tu...rupa2nya dyorg duk kat tengah2 terminal...tunggulah ktorg kat situ...dengan harapan adalah bas yang kami tunggu2kan tu...

lepas tu..salah sorang dari ktorg dah pun pergi check takut2 bas tu dah terlepas kedepan(memang kat depan pun)...tpi jawapannya sama dengan aq jugak...macam mana tak boleh nampak???oleh itu...dengan over confidentnya...duduklah kami sampai line up bas tu lengang...aq dah mula rasa lain dah...takkanlah bas tak masuk2 sedangkan announcment dah senyap....so..aq pun pergilah kat kaunter tiket...nak tau apa dia cakap???...
abang tiket(A.T):"BAS NI DAH JALAN DIK"
aq buat2 tak dengar + tak berapa paham bertanya skali lagi
aq:"BETOL KE BANG???BRU PUKUL 9.05 NIE"...
abang tiket:abang tu dengan yakinnya balas pulak"YA DIK..ADIK CUBALAH TENGOK KAT DEPAN TU...TAKUT2LAH ADA LAGI"
aq pun try2 lah tengok...dalam hati masa tu memang dah terdetik dah...SO,aq pun pergilah kat teman2 yang lain tu...aq pun bagitaulah
aq:"BAS KITE GEROK DOH NIE..."
teman 1:"YEDOP MUNG???"
teman 2:"MUNG JANGAN NAWOK KE AQ..AQ NOK BALIK NIE"
teman 3:"DAH TU???NAK RAYA GANE NIE??"(padahal DEEPAVALI...buat2 smangat...hakhak...)
teman 4:"NAPE2???"

kami ber5 pergi balik katkaunter tiket takut2 boleh dia buat sesuatu...
bermulah kisah kisah kami kene tinggal bas....
teman 2:"ABANG...BAS NIE GEROK DOH KE???."(tunjuk tiket)
abang tiket:"YE DIK...BAS NIE BLEPAS DAH NIE..."
teman 1:"DAH TU MACAM MANA NIE...BOLEH SURUH DYE TUNGGU KEJAP TAK???"
BIGBOSS:"TAK BOLEH LA DIK...BAS DAH GERAK DAH...BELI TIKET BARU LA...TPI...ESOK ADA LAAA.."
teman 3:"APA???ESOK ADA LA???"(buat2 terkejut)
teman 4:"NAPE2???"
aq:"MINTAK TOLONGLAH ABANG...SEKEJAP JE..."
BIGBOSS:"TAK BOLEH BUAT APA2 DA DIK...BAS JALAN DAH..."
abang tiket:"TAKDA LA DIK..."
teman 4:"DAH JOM R...KTE KEJOR NGAN TEKSI..."

ktorg pun bercadang nk cross dye kat plaza tol GOMBAK...time nie la macam berlakon pun ada gak..ktorg bukan main lagi lari2 anak nak cari teksi......main kejar2 la pulak...hakhak...PAKCIK CEPAT PAKCIK...~mission incompleted...

solution~beli tiket baru untuk keesokan paginya...
yeah..bleyh extand bmalam kat hotel 5star kami...malam 2 memang cramp sendi...ulang alik...cari mesin ATMnya..DUGAAN OH DUGAAN...

walaupun ad perasaan sedih sebab ditinggal bas...tpi aq ingatkan diri aq...kjadian nie mesti ada hikmahnya...ALHAMDULILLAH..mampu hadap dugaanNYA dengan senyuman...selamat sampai jugakakhirnya...Dan pagi tu...ktorg lebih berhati2...sebab takmboh PISANG BERBUAH DUA KALI...

NILAI DAN PENGAJARAN:jika mahu tunggu bas...cari betol2...lebih2 lagi dekat2 dengan corner...sebab kadang bas tak nampak dengan mata kasar...hakhak
seterusnya dan yang paling penting...UNTUK MENEMPATKAN DIRI DALAM BAS...MESTILAH ADA TIKETTTT...pesanan dibawa oleh KONDUKTOR BAS...

Aq tak salahkan orang lain tentang kejadian semalam...sebab disitu aq jugak cuai aq sndiri..cuma sedikit kecewa dengan respons pengurusan syarikat bas tu yang tidak usahakan sesuatu untuk kami...kerna kami terlepas around 5 to 1omin je...

TERIMA KASIH BUAT TEMAN yang menjayakan drama nie...IRHAM,DUAN,ANIF,PIERA..hakhak...

Thursday, November 4, 2010

nOkhtah...

04 November 2010...pada tarikh ni TAMAT sudah FINAL EXAM...dan sekaligus tamat jugalah sudah 1st SEMESTER aq di PASUM...Apa cerita teman2???jangan beratkan kepala 2...exam pun dah tamat...kita sudah usaha yang sebaik mungkin bukan...so sekarang...berserah jelah kepadaNYA...yakin pada diri yang kita ni BOLEH!!!...RESULT COMING SOON!!!huu...aq pun sudah usaha sebaik aq mampu...INSYAALLAH...usaha kita akan dibalas...bagi aq...untuk rekod peribadi..aq agak berpuas hati kerna aq dapat rasakan ada peningkatan dalam diri aq berbanding daripada hari semalam...apa2 yang diberi aq terima seadanya...apa yang penting aq perlu usaha dan terus usaha...kadang2 kita telah berusaha namun belum cukup usaha...Klu aq mndapat kejayaan...aq masih perlu usaha kerna masih banyak yang perlu didalami...klu aq terjatuh...aq perlu bangun dan terus usaha...kerna dihadapan masih ada jalan untuk diteruskan...PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI...Aq harapkan aq dapat amalkan apa yang aq ada nie untuk AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIRku...Buat teman2 seperjuangan...selamat bercuti..jangan lupa datang balik 13hb nie...MUET menanti...huuuu...

sekarang...
tibalah masa untuk aq BALIK KAMPUNGGGGG!!!=)