SaHabat ArCher

Thursday, November 18, 2010

Pengorbanan Aidiladha

Berlalu sudah 17hb 11 2010M bersamaan 10 Zulhijjah 1431H...
Sekejap saja masa berlalu...Pertama sekali untuk entry aq yang ini nak ucapkan salam Aidiladha buat saudara2 sekalian dan juga sahabat2 seperjuangan...Moga2 berbahgia disamping keluarga dan selamat beribadat buat saudara2 yang berada di tanah suci...Moga2 kalian sihat sejahtera dan selamat dalam menyempurnakan rukun islam yang ke5 dan dilindungi perjalanan kalian...menjejakan kaki ke sana juga menjadi impian aq...insyaAllah bila tiba masanya nanti...dan tidak lupa untuk saudara2ku..selamat menjalankan ibadat korban...

Alhamdulillah...pagi tadi diberi kesempatan dan ruang menunaikan solat sunat aidiladha berjemaah didesa tercinta di Masjid Kg Paya Resak...Walaupun sambutan tidak semeriah sambutan Aidilfitri namun aq tetap bersyukur dengan kesederhanaannya...Rasa lebih beruntung berbanding saudara kita yang berada di utara semenanjung yang menyambut Aidiladha dalam ujian bencana banjir...

Sepertimana yang kita tahu...Ibadah korban ini mengingatkan kita pada peristiwa Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Isa AS atas sifat kepatuhan kepada Allah SWT dalam menunaikan janjinya

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)
(petikan teks iLuvislam,com)

Lantaran itu,membuatkan aq memikirkan disamping mengingatkan diriku tentang pengorbanan...apakah pengorbanan yang telah aq buat demi AGAMAKU,BANGSAKU mahupun TANAHAIRKU sepanjang aq menikmati anugerahNya untuk bernafas dimuka bumi ini...adakah pengorbanan yang aq lakukan sepanjang 18 tahun aq bernafas ini???...dan aq berharap yang setiap pengorbanan dilakukan adalah dengan senyuman ikhlas...Kerna keikhlasan berkorban itu akan terbalas dengan hikmahNya...InsyaALLAH...Aq hanya insanNya yang lemah yang meniti waktu dalam mengenali erti pengorbanan dan kehidupan...Masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai tentang ciptaanNya yang cukup indah dan tiada tandingnya...

yang baik datang dariNya...
dan yang buruk itu kelemahan diriku...
HADAPI HARI ESOK DENGAN SENYUMAN...

by prinCe arCher...

0 comments: