SaHabat ArCher

Thursday, November 18, 2010

DEDIKASI buat AYAH

18hb November...
anakanda tahu yang ayahanda tidak akan membaca entry ni...namun anakanda ambil peluang nie ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ayahanda...

dirimu adalah idolaku...
penat jerih telah kau lalui...pelbagai liku telah kau tempuhi...memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang tidak putus asa untuk memberikan yang terbaik untuk kami...Dirimu yang tidak pernah kenal erti lelah berusaha menyara hidup kami semua...pengorbanamu tidak terbalas rasanya...MAAFKAN anakandamu yang selalu menimbulkan keresahan buat dirimu...TERIMA KASIH kerna menyediakan kemudahan dan kelengkapan anakandamu ini...TERIMA KASIH kerna memberi pelajaran dan nasihat yang tidak henti2 dan tidak pula terbit rasa jemu membesarkan kami...ALHAMDULILLAH usahamu itu diberkatiNYA sehingga bolehkan anakanda suakan nasi kedalam perut....membiarkan kain melitupi tubuh dan berlindung di bawah bangunan yang berdiri teguh beratapkan bumbung...Dengan segala yang ayahanda sediakan ini akan anakanda berusaha tingkatkan ilmu didada untuk menjadi insan yang berjaya....Anakanda doakan kesihatan ayahanda dan dipanjangkan usia...InsyaALLAH kelak anakanda akan cuba membalas segalanya yang ayahanda telah lakukan walaupun anakanda tahu semua itu tidak terbalas nilainya...Kadang2 anakanda terasa sayu melihat kesungguhan ayahanda melaksanakan tugasan ayahanda...Walaupun berat...senyumanmu memberikan kekuatan...Tidak sabar rasanya anakanda untuk menanti saat untuk anakanda pula pikul tanggungjawab yang ayahanda lakukan...biarlah anakanda2mu pula yang menabur jasa...

ARED SAYANG AYAH...
KAMI SAYANG AYAH...

dedikasi buat ayahku tersayang Mohamad Harun Bin Hj Awang...

by prinCe arCher

1 comments: