Bila sebut pasal jering ngan petai nie kan mesti fikirkan mulut berbau selepas makan an..huhu...by the way,tujuan aku post pasal menda nie bukan pasal mulut berbau tu...Kalau tu masalahnya senang je...gunalah COLGATE PLAX(iklan tak berbayar)...Hari nie aku nak berkongsi serba sedikit pengetahuan tentang khasiat ulaman nie...
First,aku nak introduce ahli keluarga yang pertama iaitu petai...Parkia spp atau lebih dikenali PETAI nie tergolong dalam famili Leguminasae...Menurut Pak Cik Google..Buah Petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis...Dan tercatat jugak kat situ bahawa orang2 lama juga percaya keberkesanan buah petai merawat penyakit hati,buah pinggang dan untuk mengubat kanak2 yang kecacingan...Untuk pengetahuan,petai mengandungi pelbagai unsur2 seperti vitamin dan galian yang menyumbang kearah kesihatan pengguna dan kandungannya pulak bergantung pada saiz buah dan umur petai itu sendiri...

Seterusnya,aku perkenalkan ahli kedua...namanya Pithecellobium Jiringa atau lebih dikenali dengan panggilan JERING...Jering nie pulak tergolong dalam famili Legumnasea...Seperti petai jugak,Jering mengandungi nutrient seperti protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi ,vitamin A ,B dan jugak C... Bersumberkan Pak Cik Google jugak ,jering dapat membantu merangsangkan pembuangan air kecil... Namun begitu, pengambilan berlebihan akan memberi kesan sebaliknya... Selain itu, berdasarkan kajian sains, kandungan sebatian alkoloid dalam jering dapat membantu meneutralkan paras gula dalam badan...Oleh hal demikian, ianya berkesan sebagai penawar terhadap penyakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit...(macam penskipsi ubat je)...Selamat mencuba la ye:)

2 comments:
cewahh, mcm doctor menerangkan khasiat petai jer. teringat petai ke?? :)
@~AtEeN~ hakhak...omong2 ja atennn=p
sambal petai best gop nie...=p
Post a Comment