SaHabat ArCher

Saturday, December 4, 2010

Kegagalan Jalan Ke Kejayaan


saat berganti minit...
hari berganti minggu...
bulan berganti tahun...

Waktu berlalu begitu pantas tanpa menunggu sesiapa pun...
tidak boleh dilangkah mahupun diputarkan semula...kata orang 'masa itu emas' yang mana menggambarkan betapa tinggi nilainya....Suka atau tidak,tetap akan dilalui,tetap akan ditelan walaupun pahit...
Tempoh masa tidak menjadi ukuran tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita mengisikannya sebaik mungkin...Namun begitu,kehidupan tidak selalunya cerah...adakalanya mendung jua...Kadang2 ALLAH berikan kita kilat petir untuk mengejutkan kita dari lena dan kemudiannya diberikan pula keindahan pelangi...Sekiranya ingin menikmati keindahan pelangi,jangan takut untuk meredah hujan...Oleh itu,jangan berpatah arang dan menyalahkan takdir apabila apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita rancangkan...Bahawasanya ALLAH S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana akan percaturan atas setiap ciptaanNYA...

Sejarah mengajar aq tentang banyak perkara...benarlah kata orang yang masa nie mendewasakan kita...pada pendapat aq...setiap pengalaman memberikan pengajaran yang berbeza...Apa yang diperoleh ini berlaku sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar masing2 ada yang tersurat dan tersirat...Melalui pengalaman...tidak kesemua kejayaan yang kita perolehi dengan serta merta dan mungkin perlu diusahakan berulang kali...kalau terjatuh,bangkit dan mulakan langkah semula...kalau kat sekolah dulu2..selalu nampak cogan kata 'usaha tangga kejayaan.' dan selalu juga disebut oleh orang yang berdamping dengan kita sebagai kata2 pembakar semangat... Kegagalan juga bukan bermakna kita tidak peroleh apa2...Ia bermakna kita telah pelajari sesuatu...

Dalam kehidupan biarlah tekadkan cita2 yang besar supaya kita berusaha untuk mencapainya...Sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran...InsyaALLAH akan dibukakan jalan...Dan setiap langkah tiada jalan mudah...kerna sekiranya jalan yang tidak berhalangan mungkin tidak membawa kita kemana2...

akhir kata by prinCe arCher yang baik datang dariNya dan yang buruk itu datang dari kelemahanku sendiri...Jangan percaya apa yang aq perkatakan tetapi fikirkan apa yang telah disebutkan...Selamat Maju Jaya buat sahabat2 sekalian...moga kita mendapat manfaat didunia dan akhirat...

2 comments:

yin yuki said...

usaha escalator kejayaan.. gud luck jogathon esok! hahaha

prinCe arCher said...

nasib baik escalator..klu lift xleyh arap cnie...sekat2...hakhak...
jog!!!jog!!!
nk jog ke???hehehe