SaHabat ArCher

Wednesday, December 15, 2010

DOAKAN MEREKA...

Hanya Tuhan yang tahu apa yang aq rasa sekarang nie...bermacam2 aq perlu harungi dalam tempoh yang begitu singkat macam nie...Minggu lepas aq dapat berita seorang guru aq ketika sekolah rendah telah meninggal dunia...lepas tu sampai pulak berita bapa kepada kawan baik aq telah meninggal 2hari lepas...Kawan aq tu sekarang ada kat moscow college,Russia...tak dapat balik ke tanahair...sedih kan???dan semalam pula ibu saudara aq sendiri juga telah meninggal selepas maghrib..Dalam masa terdekat nie aq dapat 3berita meninggal...Dan yang terakhir semalam adalah ibu saudara aq sendiri yang begitu banyak berjasa kepadaku,keluarga aq dan khusunya keluarga Haji Awang...Kalau aq berasa berat,berat lagi sahabat aq Fikri yang berada di bumi asing....Semoga dia juga kuat disana mengharungi cubaan...
Kalau dulu,masa kecik2,sekiranya takda orang kat umah,rumah dialah aq menumpang...kat situlah aq membesar dan bermain2 ngan sepupu aq dalam zaman kanak2ku...
Kalau dulu,masa kecik2,aq nie suka nakal2... atau bila musim hujan je,aq akan pergi mandi sungai...dan dialah buat report kat ayah aq...Masa tu memang marah kat dia pasal dia buat report pasal semua tu..bila dah dapat berfikir dengan baik...Baru aq sedar dia buat semua tu sebab dia sayang aq...
Kalau dulu,masa sekolah rendah,masakan dialah yang jadi santapan aq setiap hari waktu rehat...Terbayang2 je kelibat yang dia sibuk menyediakan makanan kat dalam...
Kalau dulu,setiap kali tiba je hari raya,masakan dia antara yang membuka selera...Cuma kebelakang nie dia memang tak larat untuk buat semua tu sebab kesihatan tak mengizinkan...
Kalau dulu2,bila ada kenduri kendara,dialah yang sibuk kat dapur...Masakan dia memang dapat pujian...dialah yang menjadi ketua masak bahagian rempah2 dan sekian...
Kalau tak berapa sihat pun...dia tetap gagahkn diri untuk pastikan majlis berjalan lancar...baik kat rumah aq ataupun sedara yang lain...baru2 nie,walaupun tak berdaya untuk mengambil tugasnya...dia tetap kuatkan dirinya untuk berada di majlis kahwin sepupu aq dan yang paling terdekat adalah kenduri kat rumah aq sendiri baru2 nie...Dan bila dia nak balik je,dia menangis...Mungkin dia memikirkan dirinya yang tak mampu nak buat seperti dulu2...
Ketika dulu,semasa seminggu aq terlantar kat hospital...tiap2 hari dia datang melawat aq dan kadang2 bawak masakan dari rumah...sebab aq tak boleh makan makanan hospital...kalau bukan untuk aq...untuk emak aq yang setia menunggu aq....Bila aq dah boleh balik rumah...dia melawat pulak aq kat umah...Baik aq ataupun kepada yang lain..Dia sememangnya seorang yang prihatin...Terbayang aq karenahnya yang banyak memberi nasihat yang secara tidak langsung itu...Terkilan rasanya kerna aq tidak mampu membalas sepertimana dia lakukan...Lately,waktu aq melawat dia pun kebiasaannya waktu cuti je...dan pada kebiasaannya aq akan melawat ketika cuti...Last sekali aq melawat dia masa cuti semester masa hari raya haji...
Sekarang...
Tiada lagi semua tu...Dia telah pergi meninggalkan kami buat selama2nya...Tidak sempat aq melihat wajahnya buat kali terakhir...Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Al Fatihah buat ibu saudaraku KEMBANG BINTI HAJI AWANG,,,
bapa sahabat aq POK EMBONG...
Guru aq cik WAN NORFERSURYANI....dan seluruhnya umat islam yang telah pergi meninggalkan kita...

kepada dia yang bagi semangat...terima kasih banyak untuk beri ruang untukku luahkan bagi kurangkan yang terbuku...

kata imam Ghazali...yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam...dan paling dekat dengan kita adalah kematian...


akhir kata oleh prinCe arCher: hargailah orang disekeliling kita selagi mereka masih bernyawa kerna suatu hari nanti,kita akan sedar betapa besar makna mereka buat kita...


2 comments:

yin yuki said...

sabar payed..al-fatihah....sy pn bru khilangan kkak....

PrinCe ArCher said...

mekasih yin...takziah jgop...