SaHabat ArCher

Monday, March 28, 2011

Aku Adalah Aku


Aku mintak maaf atas kelemahan aku,
Andai aku yang mencacatkan,
MAAFKAN AKU...
Andai kata aku merumitkan,
MAAFKAN AKU...
Andai kata aku menghampakan,
MAAFKAN AKU...
Andai kata aku memalukan,
MAAFKAN AKU...
Andai kata aku tidak boleh menjadi seperti apa yang diinginkan,
MAAFKAN AKU...
Andai kata aku punca ketegangan,
MAAFKAN AKU...

AKU ADALAH AKU...
cantik mahupun buruk...
AKU TETAP AKU...



Sunday, March 20, 2011

SILENT PLEASE

SILENT MODE ACTIVATED

kepada semua teman2 yang sudi melawat ke ruangan LSM...aku ucapkan terima kasih banyak2...kerana memeriahkan ruangan chat disebelah nie...aku ingin mengundurkan diri buat seketika waktu...Bertapa 7hari7malam dibawah air jatuh...huhu...takda la...Final exam dah dekat da nie...So nak focuskan pada study dulu...Bagi yang tak direply mesej2 tu harap maaf la...nanti bila aku dah datang sini balik...aku melawat korang punya ya...kita sambung story2 lagi...

DOUBLE STUDY MODE ACTIVATED




Jom kita study Faiz Seiha,Aiman Robert...Budak UiTM dah abis kan Fatin Amirah...Kita pulak baru nak pergi perang nie...JOM3...Life Must Go On...Assalamualaikum...

Friday, March 18, 2011

Esok Masih Ada


umpama layang2 terputus talinya...
ditiup angin terbanglah ia...


korang pernah main layang2 tak???aku pun tak tahu kenapa tetiba je ada layang2 kat kepala nie...huuu...teringat pulak time kecik2 dulu...kejar2 kat sawah nak naikkan layang2...bukan senang wooo...lepas tu baring atas jerami sambil tengok ke LANGIT LUAS...Seronok an....Rindu masa kecik2 dulu...tak ada masalah2 yang nak difikirkan...Just tahu main dan main je...Bila usia dah makin meningkat nie...Bertambah2 perkara yang perlu difikirkan...Tanggungjawab lagi...bukan mengeluh ke apa...terasa damainya ketika tu...korang pun mesti rindu jugak time2 kecik an???tapi takkan kita nak terus jadi budak2 je kan...Masa terus berlari dari jam berganti hari,dari bulan berganti tahun...dah 19 tahun dibelakang aku...lebih baik kita apreciate setiap detik yang dilalui baik manis atau pahit sebagai satu keseronokan untuk membongkar misteri kehidupan...hopefully,aku mampu mengejar cita2 aku dan seterusnya membahgiakan kedua ibubapa aku selain berbakti untuk Agama Bangsa dan Tanahair aku...Aku perlu sediakan yang terbaik buat keluarga aku untuk keselesaan masa depan...aku akui,dalam kehidupan yang cukup kuat cabarannya,usaha perlu ada dan bukannya sekadar pandai berkata2...WAKE UP2!!!jangan hanyut dibuai mimpi...



Bagaimanalah dia sekarang???harap2 dia sihat2 selalu...sentiasa doakan agar dia bahgia dan sejahtera...kekadang,bila tengok kawan2 atau duk sorang2 tu terasa jugak nak bertanya khabar...Tapi lebih baik aku simpan jela niat tu...melihat sinarnya dari sudut ini sudah memadai sekiranya kehadiran aku akan memalapkannya...Aku taknak menjadi punca kesedihan...kalau boleh aku nak sebarkan senyuman ke serata dunia..huhu...masih banyak yang aku perlu perkemaskan diri...sesuatu yang telah ditetapkanNya akan tetap berlaku bila tiba masanya...insyaallah...


dibebelkan oleh FARID HARUN

Saturday, March 12, 2011

Video Manifestasi Puisi FESENI 2011 team KK12

Yang nie adalah video persembahan kitorang team A kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah dalam Festival Seni UM...Nielah kali pertama aku membuat persembahan dalam pertandingan yang agak besar...Walaupun aku nie tidak berseni namun aku tetap ingin mencuba...Memang seronok:)Kalau ada masa jemput2lah tengok...dan bagi sedikit komen ye...

video
BICARA DENGAN TEMAN LAMA,A.SAMAD ISMAIL..

Penyajak:Abg Asri & Kak Umi
Chorus: Kak Lina, Kak Tika, Kak Solehah, Kak El, Kak Haaz, Adam, Abg Naufal & Aku
Teknikal:Abg Khairul,Abg Phat & THE GENG


DAN nie pulak persembahan dari teman seperjuangan untuk KK12 dari team B yang disertai kawan2 PASUM...

Friday, March 11, 2011

Bukan Rezeki Kita

team Manifestasi Puisi KK12(A)

Bersabarlah wahai teman2 seperjuangan...Mungkin kali nie tuah tidak memihak pada pasukan kita..atleast kita dah bagi komitmen dan dah cuba terbaik untuk bangkit setelah dikritik teruk pada persembahan malam prebiu dulu...Perubahan 100% props dan sajaknya sekali bukan mudah untuk dijadikan persembahan seperti yang telah kita lakukan dalam masa singkat...Walaupun juri tidak berikan kemenangan kepada kita...namun pada aku...kalian sudah sudah menang...Mungkin masih ada kelemahan yang tidak disedari yang masih boleh diperbaiki...
Perjalanan masih perlu diteruskan...Honestly,memang sedikit kecewa dengan keputusan juri buat team kita setelah keyakinan itu ada...Sekurang2nya dapat 5 out of 12 team yang bertanding...Apa yang juri carikan sebenarnya???sedangkan feedback dari audience yang memihak kepada kita...Seolah tidak percaya atas sokongan yang diberikan...Mungkin perkara ini terlalu subjektif...Mungkin bagi juri mereka tidak nampak x-factor dalam persembahan kitorang...but secara dalaman..kitorang berpuas hati atas komitmen yang terbalas...Apa yang aku berpuas hati adalah bila abang khairul bergegas ke backstage dari bilik teknikal kat atas sana dengan wajah yang ceria bersama senyuman menandakan dia berpuas hati...Perkataan yang terpacul dari mulut adalah GOOD JOB..abang dapat rasakan...Seperti memberikan harapan...

Biarkan yang berlalu sudah...Sepanjang latihan yang kita lakukan,banyak perkara yang dipelajari,pelbagai pengalaman dilalui dan pelbagai kenangan diingati...Enjoy with team Manifestasi Puisi Fakulti...Walaupun aku dan adam nie budak asasi yang tersesat ke group kalian...Kalian tak lokek berkongsi dan sabar dengan karenah kitorang...Di situ masih ada nilai yang dipelajari...

bersiap di KK12

makan malam bersama


selepas


jahat tak aku??
?

Dedikasi TERIMA KASIH buat:
Kak Lina sebagai pengurus pasukan yang komited
Abang Asri sebagai ketua pasukan yang memimpin...
Abang Khairul & da geng yang banyak membantu dari segi teknikal dan memperkemaskan mutu persembahan...
Teman2 seperjuangan yang lain Adam, Kak El, Kak Haaz, Kak Tika, Kak Umi, Kak Solehah dan jugak Abang Naufal...Dan tak lupa jugak buat rakan2 yang memberi sokongan especially Faiz Seiha,Aiman Robert,Ammar Mings,Duan
yang turut memberi sokongan di pentas pertarungan...Love u all buddies...

Lastly,mohon maaf buat teman2 seperjuangan sekiranya kekalahan nie berpunca dari diriku...seterusnya maafkan daku sepanjang kita bersama...korang memang BEST...

Sunday, March 6, 2011

Golden Night 2011

Kalau minggu lepas pergi Broga...Minggu nie aku kemana pulak ye???sibuk betul hari minggu aku sekarang...So boleh la aku story2 sikit kat blog nie walaupun tak seberapa an...Minggu nie aku ke PICC,Putrajaya....Semalam ada dinner untuk budak2 PASUM2010/2011...MALAM EMAS yang bertemakan FROM MODERN TO CLASSIC...
Kalau dah ad tema2 berbagai...mesti kena pakai cantik2 dan mengikut tema yang ditetapkan an...Tapi aku just pakai biasa2 je...Pakai yang mana ada...actually best tengok kawan2 yang bergaya dengan pakaian diorang...almaklumlah malam untuk kitorang an...huhuKalau dah ad tema2 berbagai...mesti kena pakai cantik2 dan mengikut tema yang ditetapkan an...Tapi aku just pakai biasa2 je...Pakai yang mana ada...actually best tengok kawan2 yang bergaya dengan pakaian diorang...almaklumlah malam untuk kitorang an...huhu

Apa yang aku nak cakapkan pasal dinner nie...Dinner semalam memang best...Enjoy with it...
Aku rasa taknak mengayat panjang2...Apa2pun enjoy with the picta...Kredit jugak untuk multimedia preview...soley2...hakhak


The inventory...



KAMI dengan tuan pengarah...Ada berani=)


Meja 66 crew


Bring us to the dancefloor=p


Smile between us


Standing in the eyes


Love this pic...walaupun dalam gelap...


King and Queen of the night


MENU...(Tengok sahaja...)


Jejaka Perasan

Gambar tak banyak sangat sebab tak ada kamera sendiri...so mana2 yang terkumpul jela...atleast ada jugak an...Boleh tunjuk kat anak cucu...hakhak..
Aku rasa setakat ini sajalah...Thumbs up untuk member yang buatkan persembahan multimedia untuk malam tu yang mana aku telah sharekan link dalam post nie...nanti akan updatekan kalau2 ada yang terkini...

For next week...Aku menghabiskan program aku yang berbaki sebelum final exam...Wish aku dan group succes dalam pertandingan manifestasi puisi FESENI...Thanks bagi yang sudi singgah=)

Thursday, March 3, 2011

F1 FaMily's Day

Satu lagi kisah bersama keluarga F1...sempena semester dah nak berakhir...kitorang rancangkan satu aktiviti sepetang bersama di Tasik Varsiti..Kali nie adik beradik lelaki dan perempuan pulak join bersama...Sepatutnya petang tu penasihat kitorang pun patut join...Tapi nak buat macam mana,dia ada meeting pulak..Aktiviti kitorang adalah berkedek2 di tasik...


Thanks untuk Hizami kerna sanggup naik atas untuk ambik gamba=)


Dan untuk malam tu pulak...Kita makan2 sikit...Penasihat kitorang yang belanja...Thanks Cik Edura...=)...Kenyang untuk makan tu mungkin sekejap je rasanya...Tapi memory yang tercipta sampai bila2 akan kukenang...Nice to meet you all F1 members...

Cik Edura duduk dari kiri...aku pulak kat belakang sana nung ha..semua orang nak lindung aku..nasib muat jugak dalam gambar=)
Enjoy with you all...
Thanks to cik Edura kerna sudi luangkan masa untuk kitorang...
Dan untuk semua member2...kalau sepanjang persahabatan kita ada aku buat silap...harap dimaafkan k...=)

Okay...untuk itu saja buat kali nie...Nanti ada story aku cerita lagi erk...Jumpa lagi....
Sebelum tu aku ada teka teki untuk korang...Berapakah senyuman yang ada dalam post nie?=)